BANTUAN KECEMASAN YAMAN 2021
Yaman merupakan negara Arab termiskin yang berada di ambang kebuluran dan masalah kemerosotan ekonomi yang sangat teruk. Konflik di sana menghampiri lima tahun. Dianggarkan 80% penduduk (24 juta orang) memerlukan bantuan kemanusiaan. 2/3 daripada semua daerah di Yaman dilanda kebuluran.

Saudara kita berada dalam keadaan kritikal yang mampu meragut nyawa. Rawatan kesihatan yang tidak mencukupi, kekurangan zat makanan, kekurangan akses air yang bersih, tahap kebersihan yang menyedihkan serta mereka terdedah kepada pelbagai penyakit.
Adik Faid Samim yang berumur 7 tahun di Sana'a, Yaman hanya mampu terbaring kerana penyakit yang dihadapinya, lumpuh dan malnutrisi akut. keadaan ini jugalah yang dihadapi oleh lebih kurang 2.3 juta kanak-kanak di Yaman.

Aman Palestin menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama merebut kebaikan dengan menyertai kempen Bantuan Kecemasan Yaman. Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat bantu meringankan beban dan menceriakan kehidupan mereka di sana.

BANTUAN KECEMASAN YAMAN
Kotak Makanan Yaman (RM200)
- Makanan Kering
- Makanan Panas
Tabung Yaman
(RM50 atau seikhlas hati)
- Perubatan
- Pendidikan
- Penternakan
Saksikan agihan bantuan di Yaman oleh Aman Palestin ketika Ramadan tahun ini:
Ayuh menyumbang bagi membantu saudara kita di Yaman.
MAKLUMAN PENTING: Pembayaran sumbangan hanya boleh dilakukan melalui sistem Perbankan Dalam Talian (Billplz), sila tekan bank pilihan anda dalam ruangan Kaedah Sumbangan sebelum meneruskan pembayaran.
Whatsapp resit sumbangan anda ke nombor berikut untuk mendapatkan perkembangan terkini projek bantuan Aman Palestin:
013-984 7019
CIK NURNADIAH AMINORDIN
Pegawai Pemasaran Aman Palestin Berhad